Di dalam kehidupan kita ini, tidak semestinya kita akan berasa seronok 24 jam. Adakalanya terdapat perasaan yang tidak dijangkakan. Seperti contoh, kehilangan orang yang kita sayangi, kehilangan barang yang disayangi, dihati oleh orang yang berada dalam lingkungan kehidupan kita.bagaimana kita menghadapi dan menerima perkara-perkara yang menyakitkan dan memedihkan ini.
Berhadapan dan menerima keadaan yang telah membuat kita sakit hati. Jangan lari dari masalah, tetapi cuba untuk hadapinya. Cuba kawal emosi dan berkata pada diri sendiri Allah ingin memberi yang terbaik pada diriku. Jangan sesekali kita menyesali perbuatan yang telah berlaku. Jadikan peristiwa yang sudah berlaku satu pengajaran yang tidak ternilai dan menjadikan kita lebih matang dan dewasa, juga kita dapat mengetahui dan mengawal keadaan sekiranya perkara yang sama berlaku.
Jangan menyalahkan diri sendiri, terhadap apa yang telah berlaku. Sebagai contoh; menyesal aku bernikah dengan dia. Menyesal aku beli barang ini. Menyesal aku tolong dia. Tanamkan dalam hati kita bahawa apa yang telah berlaku ada hikmahnya. Apa yang sudah berlaku ada kebaikannya. Andai kita rasa teraniya berdoalah pada Allah moga dipermudahkan dan meberi kita pentunjuk kepada apa yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment