Wednesday, October 9, 2013

Kenapa Aku kena belajar

Kenapa aku perlu belajar sampai peringkat yang tertinggi?

1. Motivasi untuk diri aku sendiri
2. Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
   " Ilmu akan mengawal Harta, bukan harta yang mengawal Ilmu"
3. Bangsa yang berilmu adalah bangsa yang dipandang mulia, walau bagaimanapun ilmu yang  ada perlu seiring dengan akhlak yang baik dan ilmu yang ada perlu diamalkan untuk kebaikan untuk semua.
4. Jadilah seperti resam padi, semakin berisi semakin tunduk, semakin berilmu dan berharta semakin semakin rendah diri dan sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
5. Apabila kita memprolehi ilmu kongsilah dengan orang lain, moga dengan perkongsian yang kita lakukan kita akan mendapat manafaatnya.
6.Jangan memandang rendah pada orang yang kurang ilmunya, tetapu berkatalah dalam hati mungkin itu yang terbaik untuknya.
7. Berkatalah dengan baik dan sebaik-baik manusia adalah manusia yang membalas kebaikan apabila kejahatan  diberi padanya.
8. Kenapa perlu rasa cemburu pada harta manusia, tetapi cemburulah pada amalannya.
9. Dengan Ilmulah dapat mempertingkatkan tahap hidup manusia
10. Ilmu ibarat sepohon pokok yang boleh memberi perlindungan kepada manusia ketika panas, tetapi sekiranya ilmu tersebut diamalkan  ilmu tersebut ibarat pokok yang berbuah, bukan sahaja memberi perlindungan malahan memberi makanan kepada manusia.



No comments:

Post a Comment