Saturday, February 9, 2019

Jangan Dengki Denga kejayaan Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin kongsi kan perasaan dengki, cemburu dan iri hati.
Kalau ada diantara kawan-kawan kita ingin kongsi sesuatu di dalam media sosial bukan kerana dia ingin menagih simpati tetapi dia ingin berkongsi perasaan suka atau seronok apabila mendapat sedikit kejayaan. bukanlah banyak sangat pun kejayaan yang dia dapat. kadang kala terdetik dalam hati kita macam meluat, menyampah atau paling tidak pun ieee poyo nye lah hai. tahu tak macamana struggle nya orang- orang yang berjaya ini nak menghadapi kejayaan, mungkin ada setengah orang tak tunjuk pun kesedihan pada orang lain, sebab nak orang lain rasa seolah-olah meraih simpati.
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersyukur kerana masih banyak lagi peluang Allah berikan pada kita.

Journey life with Leukemia APML

Aku telah di dignos leukimia pada 12 Mei 2018. 
bila orang macam boleh kena? Aku pun tak tahu, sebab Allah nak bagi. tapi kalau diikutkan semua penyakit Allah yang beri, dari mana atau macamana asbab dia adalah, mungkin aku selalu makan suplement, stress, ditambah pula dengan nak putih punya pasal sanggup aku suntik untuk putih.. last-last ini lah jadinya.
 tapi aku redha, sebab dengan sakitnya banyak benda yang aku belajar.
1. Kuatkan hati, Allah sayang dan beri peluang lagi.
2. Betullah mungkin sakit ni penghapus dosa, kalau tak aku tak sedar nak buat benda yang aku buat ikut kepala aku je.
3. Mungkin kena banyak berehat. 
4. Hikmah sakit aku ni, Allah mudahkan banyak benda dalam kehidupan aku ni. Alhamdulilah
5. Untuk merancang sesuatu lepas ni kena hati-hati.
6. Jaga pemakanan, jangan makan sangat makanan segera, kalau boleh banyak makanan yang dah dimasak dirumah.
7. Jangan bersangka buruk
8. Makan makanan yang berkhasiat dan yang sudah dimasak.
9.Selalu positif 
10. Jaga hubungan dengan Allah.
sekarang ini, aku dalam proses rawatan lanjutan, aku harap Moga Allah beri lagi aku peluang untuk terus hidup dan terus memberi kebaikan kepada semua manusia. 
Aminn

Friday, January 5, 2018

Perpuluhan tahun 5

Nombor perpuluhan atau poin. membezakan

Menulis nombor bulat nombor kepada angka, dan angka kepada perkataan 


67.954 - Enam Puluh tujuh perpuluhan sembilan lima empat 


78.404 - Tujuh puluh lapan perpuluhan empat sifar empat.

654.129 - Enam ratus lima puluh empat perpuluhan satu dua sembilan 


Wednesday, September 3, 2014

Jeans perempuan murah2

boleh hubungi saya linda 013 200 3378




kawasan klang, shah alam,  harga 30 sehelai 

Borong Jeans





Borong jeans wanita murah-murah, berminat hubungi 013 200 3378 atau 013 26 2222 3
linda

Thursday, January 9, 2014

Kehidupan selepas janda

As salam, semua saya hanya ingin berkongsi kehidupan yang bergelar sebagai ibu tunggal, ibu berdikari atau lebih senang dipanggil janda. Mula- mula sekali saya ingin bagi tahu:
1- Persediaan dari segi mental - paling utama kena kuat  tahan makian, hinaan, godaan
2- persediaan dari segi kewangan dan juga perancangan
3-  cari ramai kawan, tetapi harus berwaspada setiap kawan.
4- berkawan dengan orang yang memberi nasihat kearah kebaikan.
5- berhati hati terhadap tingkah laku kita, kerana tidak semua masyarakat memandang janda ini baik...
6- jangan bersedih terhadap apa yang berlaku, kalau boleh kesedihan itu biarlah untuk 1  bulan, itupun dikira lama juga.

Bagaimana menangani kesedihan

Di dalam kehidupan kita ini, tidak semestinya kita akan berasa seronok 24 jam. Adakalanya terdapat perasaan yang tidak dijangkakan. Seperti contoh, kehilangan orang yang kita sayangi, kehilangan barang yang disayangi, dihati oleh orang yang berada dalam lingkungan kehidupan kita.bagaimana kita menghadapi dan menerima perkara-perkara yang menyakitkan dan memedihkan ini.
Berhadapan dan menerima keadaan yang telah membuat kita sakit hati. Jangan lari dari masalah, tetapi cuba untuk hadapinya. Cuba kawal emosi dan berkata pada diri sendiri Allah ingin memberi yang terbaik pada diriku. Jangan sesekali kita menyesali perbuatan yang telah berlaku. Jadikan peristiwa yang sudah berlaku satu pengajaran yang tidak ternilai dan menjadikan kita lebih matang dan dewasa, juga kita dapat mengetahui dan mengawal keadaan sekiranya perkara yang sama berlaku.

Jangan menyalahkan diri sendiri, terhadap apa yang telah berlaku. Sebagai contoh;  menyesal aku bernikah dengan dia. Menyesal aku beli barang ini. Menyesal aku tolong dia. Tanamkan dalam hati kita bahawa apa yang telah berlaku ada hikmahnya. Apa yang sudah berlaku ada kebaikannya. Andai kita rasa teraniya berdoalah pada Allah moga dipermudahkan dan meberi kita pentunjuk kepada apa yang telah berlaku.