Saturday, February 9, 2019

Jangan Dengki Denga kejayaan Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin kongsi kan perasaan dengki, cemburu dan iri hati.
Kalau ada diantara kawan-kawan kita ingin kongsi sesuatu di dalam media sosial bukan kerana dia ingin menagih simpati tetapi dia ingin berkongsi perasaan suka atau seronok apabila mendapat sedikit kejayaan. bukanlah banyak sangat pun kejayaan yang dia dapat. kadang kala terdetik dalam hati kita macam meluat, menyampah atau paling tidak pun ieee poyo nye lah hai. tahu tak macamana struggle nya orang- orang yang berjaya ini nak menghadapi kejayaan, mungkin ada setengah orang tak tunjuk pun kesedihan pada orang lain, sebab nak orang lain rasa seolah-olah meraih simpati.
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada, bersyukur kerana masih banyak lagi peluang Allah berikan pada kita.

Journey life with Leukemia APML

Aku telah di dignos leukimia pada 12 Mei 2018. 
bila orang macam boleh kena? Aku pun tak tahu, sebab Allah nak bagi. tapi kalau diikutkan semua penyakit Allah yang beri, dari mana atau macamana asbab dia adalah, mungkin aku selalu makan suplement, stress, ditambah pula dengan nak putih punya pasal sanggup aku suntik untuk putih.. last-last ini lah jadinya.
 tapi aku redha, sebab dengan sakitnya banyak benda yang aku belajar.
1. Kuatkan hati, Allah sayang dan beri peluang lagi.
2. Betullah mungkin sakit ni penghapus dosa, kalau tak aku tak sedar nak buat benda yang aku buat ikut kepala aku je.
3. Mungkin kena banyak berehat. 
4. Hikmah sakit aku ni, Allah mudahkan banyak benda dalam kehidupan aku ni. Alhamdulilah
5. Untuk merancang sesuatu lepas ni kena hati-hati.
6. Jaga pemakanan, jangan makan sangat makanan segera, kalau boleh banyak makanan yang dah dimasak dirumah.
7. Jangan bersangka buruk
8. Makan makanan yang berkhasiat dan yang sudah dimasak.
9.Selalu positif 
10. Jaga hubungan dengan Allah.
sekarang ini, aku dalam proses rawatan lanjutan, aku harap Moga Allah beri lagi aku peluang untuk terus hidup dan terus memberi kebaikan kepada semua manusia. 
Aminn